Monday, July 27, 2015

Ramadhan dan Syawal

I activated back my facebook... bila yer.. tak ingat... sebab? bukan sebab sunyi or apa.. cuma terpaksa terima hakikat.. banyak info sebenarnya orang post kat fb compare dr tempat lain.. try used twiitter.. at the end.. twitter pun linked to fb.. I missed the info by pen merah.. and yang paling rasa rugi sbb tadek link to Saiful Nang... his idea... his writing.. most of the time is very true.. very deep... I m adore him for vigilant and bold too.. berani bersuara.. walaupun kadang2.. aku pun rasa 'termakan cili'... but that the ugly truth kan.. mmg pahit..  kelmarin.. dia citer pasal Kahwin lebih dari satu... erkk!! x mau ler aku share... hahahaha

But today.. terbaca about Ramadhan dan Syawal.. sangat deep... nak share some of it..

**********
"RAMADHAN DAN FITRAH

Mari kita lurut semula pengertian ramadhan yang kata akarnya ialah “ramadh” (PANAS).

Bukan cuacanya yang panas, kerana orang Islam di Alaska juga tetap berpuasa walaupun dalam keadaan sejuk. Yang panas ialah suasana masyarakatnya yang TIDAK FITRAH. Semasa turunnya alQuran, Rasulullah SAW sedang mendepani kepanasan mata dan hati masyarakat jahilliyah dengan gejala berbunuhan, zina, bunuh bayi, tipu menipu, fitnah memfitnah, tindas menindas, riba’ dan sebagainya. Itulah KEPANASAN SEBENAR yang dimaksudkan dengan RAMADHAN.

Mari teliti pula apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang. Adakah wajar untuk kita bergembira jika keadaan masyarakat semakin ramadh? Buang bayi, bunuh membunuh, zina, fitnah, rasuah dan banyak lagi semuanya sedang menyerang masyarakat dan negara kita secara sangat sistemik.

Seterusnya kita rungkai pula apa itu AIDIL FITRI? Ia bermaksud KEMBALI KEPADA FITRAH. 

Adakah Nabi Muhammad SAW menyambut Aidilfitri semasa masyarakat Makkah masih lagi jahilliyah? Hari ini, adakah kita sebagai umat Islam sudah benar-benar kembali kepada fitrah yang sepatutnya"

 *********
Awal mula pertama mula ayat Saiful Nang ni pun aku rasa macam kena tampar muka ni berkali-kali... wake up!!.. ok sambung lagi (which i thing related to me and my family)... sebenarnya semua related... cuma panjang benau.. nak baca full version.. boleh google his name.. confirm berjaya jumpa..

**********
samb.. Saiful Nang wrote:

MASIH RAMADH ATAU SUDAH FITRAHKAH KITA? Bilamana pada hari raya, anak-anak kecil kelihatan sangat baik bukan kerana mereka memang baik, tetapi mereka terleka dengan permainan tablet dan telefon pintar di tangan. Ralit benar dengan game sehingga saudara mara datang, atau orang tua lalu di hadapan juga tidak diendahkan. Hormat menghormati dan kemurnian silaturrahim sudah tidak berlaku lagi.

MASIH RAMADH ATAU SUDAH FITRAHKAH KITA? Bila Atuk dan nenek tua terbongkok-bongkok memasak dan membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun di depan mata anak cucu tanpa dibantu. Periuk belanga dan rumah yang tonggang langgang juga ditinggalkan begitu sahaja sewaktu pulang semula ke kota. Atuk nenek yang uzur juga yang kena susun dan bersihkan semula.

MASIH RAMADH ATAU SUDAH FITRAHKAH KITA? Apabila masing-masing datang beraya dengan pakaian baru rekaan butik-butik tempatan berbangga dan yakin bahawa aurat mereka bertutup dengan jubah, tudung, shawl yang mereka beli di Bangi Sentral atau di Kota Damansara. Kononnya itu busana Muslimah, namun sendatnya mengalahkan bungkusan nangka masak. Bukan yang bujang sahaja jadi geram, anak bawah umur dan atuk-atuk yang terlajak umur juga terangsang sama.

MASIH RAMADH ATAU SUDAH FITRAHKAH KITA? Bulan puasa yang seharusnya menjadi bulan berjimat cermat penuh barakah bertukar menjadi bulan memenuhi nafsu serakah. Jika kita mampu berjimat melaksanakan rukun Islam ke-3 ini barulah penghujungnya nanti kita mampu pula menunaikan rukun yang ke-4 iaitu berzakat. Bagaimana mahu jadi fitrah jika bajet bulan biasa hanya RM1500, tiba sahaja bulan puasa ia naik jadi RM3000. Sepatutnya kita hanya berbelanja RM1000 kerana kita sedang berjimat lantaran puasa. Ada lebihan RM500 itulah yang sewajarnya menjadi zakat yang fitrah dari kita.

MASIH RAMADH ATAU SUDAH FITRAHKAH KITA? Apabila solat yang menjadi sarana “mencegah perbuatan keji dan mungkar”, yang kita ikrarkan dalam iftitah untuk mengembalikan fitrah langit dan bumi sudah tidak lagi ‘menjadi’. Bukan sahaja perbuatan keji dan mungkar di sekitar kita masih berleluasa, malah ia masih berlaku pada diri kita yang solat juga. 

KESIMPULAN

Adakah perayaan meraikan kembalinya kita kepada fitrah itu satu perayaan yang ACTUAL ataupun sekadar perayaan yang RITUAL semata-mata? 

Yang jelas telah kembali semula kepada fitrah ialah kita ‘sudah boleh makan dan minum pada siang hari’ setelah sebulan ia dilarang. Itu sebablah hanya agenda makanan yang kita besar-besarkan sepanjang ramadhan dan raya. Kita lupa bahawa Nabi SAW sendiri katakan “Puasa umat akhir zaman tidak mendapat selain dari lapar dan dahaga”.
**********

No comments: